myDiploma.net
| Muka Depan | Universiti Awam (UA) | Universiti Swasta | Universiti Luar Negara Kampus Malaysia | Kolej Universiti | Kolej Swasta | Politeknik |
Asasi (Foundation) | Kolej Matrikulasi KPM | Kolej Pra Universiti | Baccalaureate | TVET | GIATMARA Malaysia | A.P.E.L. |

Tingkatan Enam


Selepas SPM, ada pelajar yang berjaya masuk kolej atau menjejakkan kaki ke menara gading menggunakan keputusan SPM mereka. Namun ramai juga yang gagal, atau belum layak lagi. Untuk pelajar yang belum layak ini, mereka boleh juga suatu hari nanti menjejakkan kaki ke menara gading. Caranya ialah sama ada mengulang semula peperiksaan SPM untuk mendapatkan grading yang lebih baik, atau masuk Tingkatan Enam.

Institusi Tingkatan Enam sudah lama ada di Malaysia iaitu sejak 50 tahun yang lampau. Pelajar lepasan SPM yang masuk Tingkatan Enam akan mengharungi sesi persekolahan selama dua tahun lagi. Setahun di tingkatan enam rendah dan setahun lagi di tingkatan enam atas. Di penghujung penggal persekolahan ini, akan ada peperiksaan iaitu STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) atau STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) bagi yang mengambil Tingkatan Enam di sekolah-sekolah agama.

Selepas STPM nanti, jika markah atau grading yang diperolehi adalah baik, pelajar boleh memohon (melalui UPU) kemasukan ke Universiti Awam Malaysia.

Memohon masuk ke Tingkatan Enam

Pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam. Sekiranya cukup syarat, mereka akan ditawarkan secara automatik. Pelajar boleh menyemak keputusan layak atau tidak ke Tingkatan Enam di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.

Apakah syarat layak masuk ke Tingkatan Enam? Syarat Am ialah lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada awal tahun di mana keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan.

Syarat Khas pula ialah untuk ke Jurusan Sains atau Jurusan Sains Sosial, pelajar lepasan SPM mesti mempunyai tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam sekumpulan mata pelajaran tertentu.

Syarat Khas untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pula ialah mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Arab, dan mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada sekumpulan mata pelajaran.

Layakkah saya ke Tingkatan Enam

Layak atau tidak adalah bergantung kepada gred mata pelajaran yang diperolehi dalam SPM masing-masing. Sebagai panduan, berikut adalah wajaran mata gred SPM.

GredNilai Gred
Purata Keseluruhan
(GPK)
Tahap
A+1Cemerlang Tertinggi
A1Cemerlang Tinggi
A-2Cemerlang
B+3Kepujian Tertinggi
B4Kepujian Tinggi
C+5Kepujian Atas
C6Kepujian
D7Lulus Atas
E8Lulus
G9Gagal

Mahu masuk U
tapi tak mahu Tingkatan Enam

Keputusan SPM kurang baik untuk layak ke Universiti Awam. Ke Tingkatan Enam pula tidak cukup syarat atau mungkin cukup syarat tapi tak berminat.

Kalau situasi anda adalah seperti di atas, maka cubalah memohon ke mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kebanyakan sesi pengajian di kolej-kolej adalah selama dua ke tiga tahun. Selepas tamat pengajian tahap diploma di kolej-kolej ini, pelajar semua oleh gunakan diploma tersebut untuk memohon ke Universiti Awam atau mana-mana universiti lain.

Jika mendapat keputusan yang baik dalam STPM, pelajar tingkatan enam boleh memohon pengajian peringkat ijazah di IPTA.

STPM adalah tiket terus untuk ke program-program pengajian peringkat ijazah.

Namun ada juga beberapa kebaikan mengambil STPM berbanding dengan program lain. Misalnya, STPM lebih bernilai dari matrikulasi. Ini kerana pelajar boleh memohon kerja dengan sijil STPM tapi tidak boleh (atau tidak laku) jika memohon kerja menggunakan kelulusan matrikulasi.

Dari segi yang kurang menarik pula ialah tempoh pengajian untuk mengambil STPM adalah selama dua tahun. Di sesetengah institusi pengajian tinggi, ada yang boleh menghabiskan diploma dalam tempoh yang sama. Tetapi sudah pastilah yuran pengajian mengambil tingkatan enam adalah terlalu jauh amat rendah berbanding dengan yuran pengajian di peringkat diploma terutama kalau mengambil diploma di kolej-kolej swasta.

Tempoh pengajian selama dua tahun itu juga memberi ruang untuk pelajar merancang kewangan bagi melanjutkan pengajian ke peringat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, secara puratanya, pelajar dianggap mengalami kerugian masa selama setahun. Tetapi murah.


© mydiploma.net | 2022