myDiploma.net
Laman Utama

Universiti Awam (UA)



Universiti Awam atau UA

Dulu disebut IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam). Mulai Mac 2015 disebut Universiti Awam (UA).

Sekarang ada 20 Universiti Awam di Malaysia. Kesemua 20 buah UA ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu Universiti Penyelidikan (research university), Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus.

Universiti Penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara Universiti Komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian, manakala Universiti Berfokus pula memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya.

Senarai UA di Malaysia mengikut kategori masing-masing adalah seperti berikut:

Universiti Penyelidikan:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Komprehensif:

  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus:

  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA)
  10. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Siapa layak memohon?

Kemasukan ke Universiti Awam adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan (atau My Kad sahaja). Pelajar bukan warganegara boleh terus memohon ke Universiti Awam berkaitan tanpa melalui UPU Online.

Pelajar yang ingin memohon mesti ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu) dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (mulai tahun 2013).
Selain dari SPM, pemohon mesti ada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau Matrikulasi, atau Asasi, atau apa-apa peperiksaan lain yang setaraf dengannya.
Pemohon yang menggunakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mesti mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
Pemohon yang menggunakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mesti mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.
Lepasan Matrikulasi (atau Asasi) pula, mesti mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
Selain dari syarat-syarat tadi, pelajar juga perlu mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Kepujian Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu) kertas Julai juga diambil kira sekiranya pelajar gagal mendapat gred kepujian bagi kertas Bahasa Malaysia dalam SPM.

Peperiksaan lain yang setaraf dengan STPM ialah A-Level, International Baccalaureate.


Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Universiti Awam tertua dan paling unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 apabila King Edward VII College of Medicine (1905) digabungkan dengan Raffles College (1928). Universiti peneraju dalam bidang penyelidikan di Malaysia.


Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Universiti Awam kedua tertua di Malaysia selepas Universiti Malaya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan nama Universiti Pulau Pinang. Pada tahun 1971 mula menggunakan nama USM.


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Universiti Awam ketiga di Malaysia. Ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Lahir hasil dari hasrat dan aspirasi orang Melayu yang mahukan sebuah universiti bertaraf kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.


Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Ditubuhkan pada 29 Oktober 1971 dengan nama asal Universiti Pertanian Malaysia setelah digabungkan dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dengan Kolej Pertanian Malaya Serdang.


Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Universiti Awam yang unggul dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi. Ditubuhkan pada 14 Mac 1975. Kampus utama di Skudai, Johor. Kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra (dulu Jalan Semarak), Kuala Lumpur.


Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor. Bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority). Merupakan universiti awam terbesar di Malaysia. Kini mempunyai 138 program pengajian.


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sesuai dengan tarafnya sebagai universiti antarabangsa.


Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Awam kesembilan di Malaysia. Ditubuhkan pada 1994. Kampus induk terletak di Telok Sepanggar dan kampus cawangan di Labuan.


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak. Universiti Awam kelapan di Malaysia. Ditubuhkan pad 24 Disember 1992 dan mula beroperasi pada 8 Ogos 1993 dengan kumpulan pertama 118 pelajar.


Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. Universiti Awam keenam negara. Ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Terkenal dengan bidang pengurusan.


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Terengganu. Bermula dengan Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tg Malim, Perak. Ditubuhkan pada 1 Mei 1997. Mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City.


Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, Pahang. Sebuah universiti teknikal yang ditubukan dalam tahun 2002. UMP Pekan Universiti Malaysia Pahang 26600 Pekan Pahang, Malaysia Tel: +609 424 5000 Fax: +609 424 5055 E-mail: pro@ump.edu.my UMP Gambang Universiti Malaysia Pahang Lebuhraya Tun Razak 26300 Gambang, Kuantan Pahang, Malaysia


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor. Ditubuhkan pada 16 September 1993 melalui Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pada 12 April 1996, nama tersebut telah ditukarkan kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Pada 30 September 2000, ITTHO dinaikkan ke taraf universiti awam dengan nama baru Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pada 1 Februari 2007, nama KUiTTHO ditukarkan pula kepada nama yang ada sekarang iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal, Melaka. Ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti awam ke-14 negara. Merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Selain dari kampus induk di Durian Tunggal, terdapat kampus cawangan iaitu Kampus Teknologi Ayer Keroh dan Kampus Bandar di bandar Melaka.


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Perlis. Nama adal UniMAP ialah Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang ditubuhkan pada 25 Julai 2001. Pada 1 Februari 2007, nama KUKUM ditukarkan kepada UniMAP. Kampus induk UniMAP terletak di dua lokasi iaitu di Pauh Putra dan di Sg Chuchuh. Buat masa ini, kampus UniMAP bersifat 'kampus bertaburan' dan beroperasi di beberapa lokasi kampus lain seperti di Kangar dan Jejawi.


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terenganu. Ada tiga kampus utama iaitu Kampus Gong Badak di Kuala Nerus, Kampus Perubatan di Kuala Terengganu dan Kampus Besut di Besut.


Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kelantan. Ditubuhkan dalam tahun 2007. Peneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia. Kampus utama UMK terletak di Bachok, Kelantan. Tel: 09-7797000, email: pkk@umk.edu.my. Kampus Kota terletak di Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09 - 771 7000, email pkk@umk.edu.my. Kampus Jeli terletak di Jeli, Kelantan. Tel: 09-9477000 / 09-9477200,email: pkk@umk.edu.my


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 untuk menjalankan program pengajian peringkat sarjana muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia. Pada 10 November 2006, ATMA diwartakan sebagai sebuah universiti dengan nama baru Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Semua graduan ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat (ATM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Utara (TUDM).


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. Merupakan universiti Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Beberapa hospital digunakan untuk tujuan pembelajaran seperti Hospital Ampang, Selangor; Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh; Hospital Tampin dan Jelebu.


© mydiploma.net | 2022