Panduan Permohonan UPU Online
 myDiploma.net
Home


upu.mohe.gov.my
Sudah bersedia untuk memohon? Sila klik link di atas.

Harap maklum waktu operasi talian online UPU

Isnin hingga Jumaat:
9 pagi hingga 5 petang
Ada waktu rehat
(tiada operasi online):
1-2 Ptg (Isnin-Khamis)
12.15-2.45 Ptg (Jumaat)

Permohonan UPU Online
(Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025)

Permohonan UPUOnline

Permohonan UPU Online telah dibuka untuk kemasukan sesi akademik 2024/2025.

Dua Fasa Permohonan

  1. Ada dua fasa permohonan iaitu:

  2. Fasa 1Fasa 2
    29 Feb - 29 Mac 202429 Apr - 9 Jun 2024
    Waktu operasi bermula dari 12 tengah hari hingga 5 petang

Tujuan permohonan melalui UPUOnline

  1. Permohonan ini adalah untuk kemasukan ke mana-mana satu dari

    • 20 Universiti Awam (UA)
    • 36 politeknik
    • 105 kolej komuniti (KK) dan
    • semua institusi latihan kemahiran awam (ILKA)
  2. Untuk permohonan kemasukan ke lain-lain institusi pengajian tinggi swasta (universiti swasta, kolej universiti, kolej swasta, universiti luar kampus cawangan Malaysia), pelajar perlu membuat permohonan terus ke institusi yang berkenaan dan bukan melalui UPU.

Siapa yang boleh / layak memohon?

  1. Pelajar lepasan SPM 2023 (pelajar tahun semasa), SPM 2022, dan SPM 2021.

  2. Pelajar lepasan STPM 2023 (pelajar tahun semasa)

  3. Pelajar lepasan STAM 2023 dan 2022

  4. Pelajar dari sesi akademik 2023/2024 Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, Asasi Sains Sosial UM, ASASIpintar UKM, Asasi UiTM, Asasi TVET Politeknik

  5. Pemegang diploma dan yang setaraf seperti

    • DKM / DLKM / DVM / diploma mana-mana IPTS / diploma luar negara / diploma ILKA / lain-lain kelayakan yang setaraf

    • A-Level / International Baccalaureate (IB) / Sekolah Sukan / AUSMAT / SAM / CPU / Foundation dari mana-mana IPTS

    • STPM / Matrikulasi KPM / Asasi (foundation) / STAM (bukan tahun semasa)

    • Diploma UA, Diploma Politeknik / Diploma Kolej Komuniti

Siapa yang tidak perlu menggunakan UPUOnline?

  • Permohonan ke IPG atau ke matrikulasi.

  • Pelajar SPM sebelum tahun 2021 (2020 dan sebelumnya). Sila membuat permohonan kemasukan terus ke institusi yang berkenaan. Tidak perlu (atau tidak layak) menggunakan UPUOnline.

  • Permohonan masuk ke mana-mana universiti swasta, kolej swasta, universti luar negara kampus Malaysia.

  • Permohonan masuk ke kolej-kolej prauniversiti (Tingkatan Enam)

Cara-cara memohon

  1. Buat bayaran proses UPUOnline (iaitu beli No Pin)

    Pembelian No Pin hanya melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja iaitu sama ada:

    • di kaunter mana-mana cawangan BSN, atau
    • di mana-mana ATM BSN, atau
    • melalui perbankan internet myBSN

    Tempoh waktu membeli No Pin:
    28 Feb- 8 Jun 2024. Sila beli No. Pin sebelum tarikh tutup pembelian.

    Harga No Pin ialah RM10.60

  2. Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my

  3. Pastikan kategori anda (kategori pemohon).


  4. Untuk Langkah 4 hingga 7, buat kajian terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Semak info di e-panduan UPUONline) atau download upupocket
  5. Semak syarat kelayakan

  6. Kira merit (gunakan upupocket)

  7. Semak tren permohonan dan penawaran

  8. Semak laluan kerjaya


  9. Lengkapkan borang permohonan

  10. Maklumat yang ada tanda (*) mesti diisi. Wajib. Tidak boleh tidak.

  11. Pilih pilihan program (kursus) mengikut keutamaan (minat anda).

  12. Lengkapkan borang permohonan.

  13. Klik butang SIMPAN.

  14. Permohonan SELESAI.

    • Print slip permohonan.

    • Simpan slip permohonan (hard copy dan .pdf copy) sebagai bukti permohonan telah dibuat.

    • (Jika perlu) boleh semak atau kemaskini permohonan. Boleh dilakukan berulang kali tanpa had.