Selepas SPM ke manakah?
myDiploma.net | Universiti Awam | Universiti Swasta | Kolej Universiti | Kolej Matrikulasi | IPTS | Politeknik | TVET | Tingkatan Enam | Asasi | APEL | Universiti Luar Negara Kampus Malaysia |


institusi pengajian tinggi manakah pilihan anda?



"Nak pilih yang mana ni? Universiti awam, universiti swasta, kolej universiti, kolej swasta, balik ke sekolah untuk tingkatan enam, ambil STPM atau STAM, masuk politeknik, matrikulasi, cuba TVET, sambung belajar ke luar negara, kerja sementara, kahwin dulu..."

Apply UPU, Mohon Universiti Awam (UA)

Matlamat unggul pelajar lepasan SPM adalah untuk masuk universiti atau lebih tepat lagi, memohon kemasukan ke Universiti Awam atau UA. Dahulu disebut IPTA (institusi pengajian tinggi awam) namun nama baru yang digunakan sekarang ialah UA. Pada masa ini ada sebanyak 20 Universiti Awam (UA) di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak untuk dipilih. Siapakah yang layak memohon? Pemohon mesti ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Matrikulasi / Asasi. Pemohon juga mesti ada Malaysia University English Test (MUET) Tahap 1 (Band 1) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012. Permohonan kemasukan ke Universiti Awam dibuat melalui UPU Online. Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan (atau My Kad) boleh memohon kemasukan melalui UPU Online. Pelajar bukan warganegara perlu memohon terus ke Universiti Awam berkaitan.

Mari lihat senarai universiti awam di sini.


Masuk Tingkatan Enam (prauniversiti)

Semua tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Pelajar yang masuk Tingkatan Enam akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar akan kembali ke alam persekolahan selama dua tahun lagi.

Baca tentang tingkatan enam di sini.


Universiti Swasta

Universiti swasta ialah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti yang tidak dimiliki oleh kerajaan. Jumlah universiti swasta di Malaysia jauh lebih banyak dari jumlah universiti awam. Status atau kualiti universiti swasta di Malaysia tidak boleh dipertikaikan malah ada di antaranya yang lebih popular dari universiti awam sendiri. Malah sebahagian dari Top Ten universiti di Malaysia adalah terdiri dari universiti swasta. Antara contoh universiti swasta yang cukup dikenali ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Lihat senarai universiti swasta di sini.


Kampus Cawangan Universiti Luar Negara

Juga disebut kampus cawangan universiti asing. Kampus cawangan universiti luar negara ialah universiti awam luar negara yang terkenal dan berprestij tinggi yang membuka cawangan kampus di Malaysia. Pelajar seolah-olah belajar di universiti luar negara namun yurannya adalah jauh lebih rendah berbanding jika belajar di kampus universiti tersebut di luar negara.

Antara contoh Kampus cawangan universiti luar negara ialah Swinburne University of Technology di Australia yang membuka kampus cawangan di Sarawak, Heriot-Watt University di UK yang membuka kampus cawangan di Putrajaya, Xiamen University di China yang membuka kampus cawangan di Sepang, dan banyak lagi.

Lihat senarainya di sini.


Kolej Universiti (KU)

Kolej Universiti (KU) ialah institusi pengajian tinggi yang belum mencapai tahap universiti lagi namun boleh mempunyai program ijazah mereka sendiri. Anatara contoh kolej universiti ialah KDU University College, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Lincoln University College, dan banyak lagi.

Lihat senarainya di sini.


Masuk Politeknik

Politeknik melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perkhidmatan dan perdagangan di peringkat sijil kemahiran, diploma, dan diploma lanjutan. Lulusan politeknik dalam bidang-bidang ini memberi bekalan sumber manusia dalam sektor awam mahupun swasta.

Politeknik seluruh Malaysia menerima pelajar lepasan SPM, pelajar yang telah berjaya mendapatkan Sijil Politeknik, pelajar lulusan Kolej Komuniti, dan pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) yang lahir dari sekolah pendidikan khas.

Dalam tahun 2010, tiga politeknik telah dinaiktarafkan untuk mencapai status politeknik perdana yang setara dengan universiti iaitu Politeknik Ungku Omar (Ipoh, Perak), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam, Selangor), dan Politeknik Johor Bahru.

Lihat senarai politeknik di Malaysia di sini.

Keputusan Rayuan UPU

Hebahan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM (dan yang setaraf) ke Universiti Awam (UA) Sesi Akademik 2020/2021 boleh disemak pada:

23 September 2020 (Rabu) Jam 12 tengah hari.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang berikut:

  • https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my
  • http://jpt.umt.edu.my

    Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket.


  • IPTS - Kolej Swasta

    IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) terdiri daripada universiti swasta, kolej universiti, dan kolej swasta. Ada beratus-ratus kolej swasta di Malaysia sekarang ini. Hampir setiap hari kita boleh lihat iklan kolej swasta di akhbar-akhbar. Kolej-kolej ini menawarkan program peringkat asasi, sijil, diploma dan ijazah. Kelayakan untuk ke program sijil atau diploma bergantung kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM atau yang setaraf. Secara umumnya tiga kepujian dalam SPM diperlukan untuk mengambil mana-mana program diploma di kolej swasta. Permohonan untuk ke kolej swasta tidak melalui UPU Online. Sebaliknya, pelajar atau pemohon boleh memohon terus ke institusi yang berkenaan.

    kolej swasta adalah lebih praktikal dari matrikulasi atau tingkatan enam. Ini kerana walaupun masa belajar adalah lebih panjang, namun pemegang diploma mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas. Pelajar diploma juga menimba lebih banyak ilmu dari pelajar matrikulasi atau tingkatan 6. Tambahan pula, berbeza dengan pengajian di matrikulasi atau tingkatan 6, bidang yang diambil di peringkat diploma adalah lebih menepati keperluan industri dalam dunia perkerjaan. Kebolehpasaran lepasan diploma adalah lebih tinggi.

    Lihat senarai 397 kolej swasta yang menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf MQA di sini.


    Program Asasi (foundation)

    Program asasi sebenarnya adalah program persediaan untuk ke program ijazah tertentu di kolej atau universiti yang sama. Ini bermakna, program asasi ini bukanlah program yang berdiri sendiri. Program asasi mesti mempunyai program ijazah yang sedia menanti di institusi yang sama. Misalnya sekarang ini ada 12 universiti yang menawarkan program asasi. Lepasan asasi dari sebuah universiti tidak boleh atau tidak diterima untuk melanjutkan pengajian di universiti lain.

    Lihat senarai pusat asasi di sini.


    Mohon ke Program Matrikulasi

    Program matrikulasi adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Matrikulasi menawarkan aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Pelajar akan belajar di kolej-kolej matrikulasi. Setakat ini ada 17 kolej matrikulasi di Malaysia.

    Seperti juga dengan lepasan asasi, pelajar lepasan matrikulasi boleh memohon kemasukan ke IPTA melalui UPU.

    Program matrikulasi adalah selama setahun atau dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar.

    Namun agak sukar untuk masuk ke program matrikulasi kerana persaingan adalah sangat kuat dan pelajar memerlukan keputusan SPM yang sangat baik.

    Kelebihan program matrikulasi pula ialah ialah tempoh pengajian yang singkat iaitu setahun sahaja.

    Kekurangannya pula ialah, sekiranya pelajar gagal matrikulasi ini, pelajar akan hanya mempunyai SPM untuk meneruskan kerjayanya. Kalau pun lulus matrikulasi namun gagal masuk ke IPTA, matrikulasi tersebut tidak laku untuk memohon pekerjaan.

    Lihat senarai kolej matrikulasi KPM di sini.


    Sertai TVET

    TVET atau Technical Vocational Education Training ialah satu program baru yang diperkenalkan oleh kementerian yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Program pengajian ini menyediakan pengajian dari peringkat sijil sehinggalah ke peringkat diploma lanjutan (advance diploma). Pelajar program ini akan dilatih mengikut jenis industri dan latihan-latihan yang disediakan adalah yang khusus untuk keperluan industri berkenaan.

    Baca lebih lanjut tentang TVET di sini.


    © mydiploma.net | 2020